Thursday, November 11, 2010

Kenapa mata berkedip-kedip

Eye twitching ni selalu je jadi tiba2..Selalunya kalu mata kanan, orang cakap ada berita baik, sebelah kiri tandanya berita buruk..Kalau dalam perubatan, benda ni dipanggil Myokymia. Selalunya mata berkedip-kedip atau ada juga yang panggil mata bergerak-gerak atau mata berdenyut pada bahagian otot muka dan otot mata. Sebab-sebab fenomena ni adalah:


1. Tekanan: Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah eye twitching terutamanya berkaitan dengan ketegangan mata.

2. Kelesuan: Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.

3. Ketegangan Mata: Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa(power) mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan akan menyebabkan eye twitching.
Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini.

4. Kafein dan Alkohol: Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein dan/atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching.

5. Kekeringan Mata: Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant dll) dan pemakai kanta sentuh.

6. Ketidakseimbangan Nutrisi: Kekurangan nutrisi seperti magnesium akan menyebabkan masalah eye twitching. Walaubagaimanapun laporan-laporan tersebut tidak dibuktikan secara saintifik.

7. Alergi: Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan air mata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching.

No comments:

Post a Comment