Tuesday, March 5, 2013

Assalamualaikum kamu..

Kamu.. aku hadir dalam hidupmu bersebab. Aku perlukan orang untuk menyokongku. Aku seringkali goyah, tak teguh berdiri sendiri. Aku tau kamu juga begitu.. Aku seringkali marah, marah yang teramat sangat. Sebab tak dapat selami hati kamu yang aku tau ada sesuatu yang kamu pendam. Aku menangis, menangis bukan kerana aku tak diberitahu tentang itu. Tapi sebab aku terkesan dengan cerita kamu; pedih. Kamu pendam sorang-sorang. Kehadiranku dalam hidupmu untuk beri kamu bahagia, hiburkan hatimu, berkongsi duka yang paling penting. Kalau tidak, hubungan kita akan memberat hanya padaku, semuanya tentangku, tapi kamu? Aku mahu kamu tau, diriku akan menjadi pembantumu nanti. Aku tak mahu biarkan kamu tanggung sendiri.. Mungkin aku tak mampu menolongmu, tapi aku boleh mendengar. Sentiasa ada jika kamu perlukan..Susah & senang. Suka & duka.. Aku hanya ingin jadi yang terbaik buat kamu. Maafkan aku..

No comments:

Post a Comment